COPA AMERICA: ARGENTINA GAGAL MENYERLAH

Jurulatih, Sergio Bastista sekali lagi menyenaraikan Ezquirel Lavezzi dalam kesebelasan utamanya berbanding penjaring gol penyamaan menentang Bolivia, Sergio Aguero manakala penyerang prolifik, Gonzalo Higuain dan Diego Milito terus memanaskan bangku simpanan. Hasilnya, Argentina sekadar seri tanpa jaringan dengan Colombia.

Dalam perlawanan itu, penjaga gol Argentina, Sergio Romero boleh dilabelkan sebagai wira apabila meneyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan Colombia yang mampu menghasilkan gol. Beberapa gerakan menarik penyerang berbisa FC Porto, Radamel Falcao berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Argentina tatkala barisan tengah Argentina cukup hambar.

AGUERO... bermula dari bangku simpanan lagi.
Tindakan lewat Batista memasukkan Higuain dan Aguero tidak memberikan sebarang makna serta kehadiran Fernando Gago dalam pasukan menambahkan lagi masalah di bahagian pertahanan. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, Argentina memerlukan seorang pemain perancang naum, Batista masih enggan menggunakan Javier Pastore dengan gemar menggunakan tiga pemain tengah bertahan, Mascherano - Cambiasso - Banega. 

Terdengar kata pengulas yang Batista cuba bermain corak permainan Barca namun tidakkah jurulatih ini tahu akan kelemahan barisan tengah mereka jika hendak dibandingkan gandingan Xavi, Iniesta dan Busquet? Jauh panggang dari api. Hasilnya sangat mengecewakan penyokong mereka. Beraksi hambar di halaman sendiri sukar dimaafkan penyokong. Jadi, perlawanan hidup mati menentang Costa Rica perlu digunakan sebaik mungkin serta Batista perlu menggunakan opsyen lain dalam melancarkan serangan. 

GUARIN... kawal barisan tengah Colombia dengan aksi menariknya.
Lavezzi tidak cukup baik bermain di bahagian lebih jauh (wide) berbanding Tevez dan Messi. Mungkin pilihan meletakkan Higuain atau Milito sebagai penyerang utama dan dibantu Messi serta Di Maria akan menjadikan jentera serangan Argentina lebih bermakna.

Berikut adalah kesebelasan pilihan Putbolanews jika Argentina mahu beraksi cemerlang dalam perlawanan berikutnya:

S.Romero

P.Zabaleta - N.Burdisso - G.Milito - J.Zanetti

J.Mascherano

J.Pastore - E.Cambiasso

A.De Maria - G.Higuain - L.Messi

BATISTA... tidak menurunkan barisan bintang Argentina.
Batista perlu lebih menerapkan corak menyerang berbanding menguasai perlawanan yang belum tentu dimenangi pasukannya. Lihat sahaja barisan serangan bertaraf dunia yang dimiliki pasukannya. Jadi, tindakan merombak pasukan perlu dilakukan segera kerana jawatannya sebagai jurulatih Argentina kini dalam bahaya. Serang atau tewas?