 |
MUSNAH... stadium kelab Belanda, FC Twente. |
Beberapa jam lalu, bola sepak Belanda digegarkan oleh berita bumbung Stadium De Grolsch Veste milik FC Twente runtuh. Selepas kerja-kerja mencari dan menyelamatkan dilakukan jumlah mangsa terperangkap di bawah runtuhan yang berlaku pada tengahari waktu Belanda seramai 16 orang termasuk satu kematian.
 |
PASUKAN PENYELAMAT.... berusaha mencari mangsa tertimbus di bawah runtuhan. |
 |
MENYELAMAT.... mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. |
Dilaporkan, dua penyokong bumbung stadium patah, namun punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Difahamkan, kerja-kerja baikpulih stadium bagi menambahkan kapasiti stadium kepada 32 000 tempat duduk dari 13 500 ketika mereka mula berpindah ke sini pada 1998.
 |
CANTIK... inilah rupa sebenar stadium sebelum bumbungnya runtuh. |
Pemain dan pegawai pasukan bernasib baik tidak terlibat dengan runtuhan ini dan dikhabarkan mereka menjalani latihan di lokasi lain semasa kejadian. FC Twente bakal beraksi dalam pusingan ke-3 kelayakan Liga Juara-Juara Eropah sebagai tuan rumah pada 26-27 Julai atau 2-3 Ogos. Namun, tarikh sebenar akan ditentukan minggu hadapan. FC Twente berkemungkinan bermain di stadium simpanan mereka.
Pengurus, Co Andriaanse membatalkan semua sidang media minggu ini. FC Twente sebelum ini pernah menjuarai Liga Eredivise dibawah bimbingan Steve McLaren. Namun, selepas insiden ini, mampukah Twente bangkit mempamerkan bakat sebenar mereka?
Social Plugin