| CARI PELUANG... Brown tinggalkan United selepas 15 tahun di Old Trafford. |
Pertahanan Manchester United, Wes Brown hari ini secara rasminya diumumkan sebagai pemain ketujuh pembelian Bruce musim ini. Brown yang telah berada hampir 15 tahun di Old Trafford akhirnya meninggalkan United bagi lebih aksi untuk pasukan utama. Yuran perpindahan Brown tidak dinyatakan dan dianggarkan sekitar £1 juta. Diberitakan Brown menandatangani kontrak empat tahun bersama Sunderland.
| BERALIH ANGIN... Brown mencuba nasibnya di Sunderland. |
Dalam pada itu, bekas rakan sepasukan Brown di United, John O'Shea dan Darren Gibson mungkin mengikut jejak langkah Brown meninggalkan United. O'Shea sedang menjalani pemeriksaan perubatan di Sunderland manakala perpindahan £12 juta Gibson ke Sunderland masih dalam perbincangan.
Sampai hari ini sahaja (termasuk Brown dan O'Shea), Sunderland telah membawa sebanyak lapan pemain baru ke Stadium of Light. Revolusi Bruce dilihat sebagai usaha kelab untuk mencabar kedudukan ke Eropah musim depan. Namun, dikhabarkan pertahanan Paraguay yang kurang menyerlah, Cristian Riveros akan meninggalkan kelab dengan pinjaman semusim ke Tukey. Berapa ramai lagikah pemain yang akan dibawa masuk Bruce musim ini?
Social Plugin