THE REDS... Pemain baru Liverpool, Charlie Adam dan Pengarah Bola Sepak LFC, Damien Comolli. |
Proses yang memakan masa lama untuk perpindahan bekas kapten Blackpool, Charlie Adam akhirnya berjaya diselesaikan apabila Adam menandatangani kontrak bersama The Reds. Ketibaan Adam menandakan minat Daglish terhadap pemain British selepas membawa masuk Jordan Henderson ke Anfield. Sasaran Liverpool selepas ini adalah pemain sayap Aston Villa, Steward Downing.
Adam ketika ditemuramah Liverpoolfc.tv bangga menjadi pemain Liverpool. Katanya, "Saya semestinyanya sangat berbangga berada di sini. Ia mengambil proses yang lama tetapi sekarang saya tidak sabar memulakan aksi dan berharap ianya akan menjadi musim gemilang dalam karier saya serta dalam sejarah kelab.
ADAM... bangga dapat berkerjasama dengan Kenny Daglish. |
Liverpool adalah kelab besar dengan pemain hebat dan pengurus yang hebat. Anda boleh lihat sejak pengurus baru tiba kelab telah mengorak langkah ke hadapan. Kenny sangat dihormati oleh pemain dan lawannya. Dia adalah pengurus yang menarik dan ia menjadikan saya berbangga apabila boleh berkata 'saya boleh beraksi untuk Liverpool'."
Charlie Adam sepatutnya tiba di Anfield pada jendela perpindahan Januari lalu namun perbincangan kedua-dua kelab menemui jalan buntu. Penurunan divisyen Blackpool nyata memudahkan usaha Liverpool mendapatkan Adam. Persoalannya, mampukah Adam menjadi pemain utama di Liverpool dengan lambakan pemain tengah The Reds?
Social Plugin