![]() |
| HARIMAU MALAYA... tidak menghampakan walaupun tewas menerusi agregate. |
Sorakan lebih 85 000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata memberikan kelonggaran lutut kem Singapura dengan menyaksikan terlalu banyak lakonan dilakukan di si SNBJ. Defisit 2 gol pasukan jajahan bangsa asing ini nyata bukanlah satu bekalan ampuh dan aksi goyah disaksikan selepas lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali berjaya merapatkan jurang agregate menerusi rembatan derasnya.
Nyata mereka benar-benar tersentak dan mungkin Raddy (jurulatih Singapura) pernah mengajar pasukannya berlakon sehingga terlalu banyak aksi primadona yang disaksikan berbanding aksi ala Maradonna. Sungguh memalukan. Walaupun terikat satu sama dan terkeluar dari saingan, anak buah Datuk K.Rajagobal telah belajar sesuatu sepanjang saingan.
![]() |
| SAFEE... ledak gol tunggal Malaysia. |
Mungkin ada hikmahnya disebaliknya dan diharapkan penonton tempatan tidak jemu memberikan sokongan kerana masih ada aksi peringkat tinggi yang akan disajikan di SNBJ menerusi pasukan Olimpik Harimau Malaya. Satu lagi, penonton tempatan diseru supaya tidak membaling objek ke padang kerana ia bakal menyusahkan banyak pihak. Lebih menyedihkan, ada jurugambar di tepi padang terkena balingan botol di kepala mereka. Ingatlah. Kita bangsa bertamadun dan hanya orang kolot yang melakukan sedemikian. Tepuk dada, tanya selera. Tanah Tumpahnya Darahku!


Social Plugin