SELAMAT HARI LAHIR, SOH CHIN AUN!

LAGENDA... Datuk Soh Chin Aun
Tatkala pasukan Harimau Malaya berkobar untuk menang menentang Singapura, mungkin kita terlupa lagenda bola sepak Malaya. Tarikh keramat 28 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran ke-60 pertahanan kental yang juga ketua pasukan Olimpik Malaysia, Datuk Soh Chin Aun. Masihkah anda ingat detik kemenangan pasukan kebangsaan yang berjaya menewaskan Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik Munich di Jerman?
CHIN AUN... antara aksinya bersama R.Arumugam.
KENTAL... gandingan Santokh dan Chin Aun digeruni lawan.
Chin Aun setakat ini muncul pemain paling banyak melakukan penampilan untuk pasukan kebangsaan di dunia dengan 252 penampilan untuk Malaysia. Gandingannya bersama Santokh Singh dibarisan pertahanan amat digeruni lawan dan bersara pada 1985. Antara lagenda lain yang beraksi bersama Chin Aun adalah Allahyarham Mokhtar Dahari dan R.Arumugam. Pertahanan kelahiran Alor Gajah, Melaka ini pernah digelar 'God of war'. Diharapkan kemenangan pasukan Harimau Malaya akan menghadiahkan Chin Aun hadiah terbaik dalam hidupnya. Selamat Hari Lahir Soh Chin Aun!