MASANYA SUDAH TIBA, BUKTIKAN KEKUATANMU HARIMAU MALAYA!

Tanggal keramat 28 Julai akan menjadi saksi pertembungan kedua pasukan Harimau Malaya menentang Singapura. Dengan 85 000 habis dijual, perlawanan ini nyata menarik minat pelbagai lapisan usia, bangsa dan agama di Malaysia bagi menyokong pasukan kebangsaan.

HARAPAN... jutaan rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan Harimau Malaya malam ini.
Nampaknya, belum beraksi di padang, Malaysia sudahpun memperolehi kemenangan pertama menerusi 'pemain ke-12' pasukan. Apa yang penting, malam ini, Harimau Malaya akan mengaum dan membaham sang Singa demi memburu slot ke peringkat kumpulan pusingan ketiga. Jadi, tiada sebarang alasan andai tumbang. Yang nyata, hanya kemenangan pengubat segala duka yang terpahat di Jalan Besar minggu lalu.

Pelbagai sokongan moral baik dari Perdana Menteri hinggalah ke rakyat biasa nyata perlu dijadikan tangkal azimat dalam memburu dan menghapuskan defisit dua gol Singapura dalam perlawanan pertama lalu. Buktikan sesuatu Harimau Malaya! Kami yakin pasukan ini mampu melakukannya! Tanah Tumpahnya Darahku!