SELAMAT DATANG KE MANCHESTER, AGUERO!

SELAMAT DATANG... kehadiran Aguero bakal mengahangatkan lagi LPI musim ini.
Penyerang berbisa Atletico Madrid dan Argentina, Sergio Aguero hari ini tiba di Manchester bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama Manchester City. Kelibat menantu Maradona di City menambah koleksi pemain bintang di Liga Perdana Inggeris.

AGUERO... jaring dua gol untuk Argentina dalam Copa America 2011.
Perpindahan Aguero ke City mendatangkan kos £38 juta dimana kurang £2 juta berbanding klausa perpindahan yang terdapat dalam kontrak Aguero di Atletico. Selain itu dengan gaji £200 000 seminggu kos keseluruhan perpindahan El Kun melebihi £85 juta. Sangat mengejutkan. Sambil City sedang berunding dengan Inter bagi penjualan seorang lagi penyerang Argentina, Carlos Tevez ke Itali.

LAYAN... Aguero melayan peminat Manchester City selepas tiba untuk pemeriksaan kesihatan.