EL KUN BUKTIKAN NILAINYA

EL KUN... menyerlah dalam debut Liga Perdana Inggeris.
Perbelanjaan besar Manchester City terhadap penyerang Argentina, Sergio Aguero dilihat berbaloi pada awal penampilannya apabila El Kun berjaya menjaringkan dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua. Lebih menarik lagi, gol kedua Aguero dijaringkan dari jarak 30 ela. Menakjubkan. Jadi, andai kapten, Carlos Tevez dan Mario Balotelli mahu berpindah, Mancini akan relakan. Mungkin lebih banyak gol cantik bakal dihasilkan Aguero!