MIKEL... beraksi menentang Stoke City sebelum menyelesaikan masalah bapanya. |
Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel berada dalam kegelisahan selepas bapanya, Michael Obi tidak pulang ke rumah selepas bekerja di syarikat pengangkutannya di Plateau, Nigeria. "Tolong lepaskan ayah saya. Setahu saya, dia tidak pernah menyakiti orang lain. Saya tidak tahu kenapa dia diculik." kata Mikel.
NIGERIA... Mikel adalah antara pemain kesayangan penyokong negaranya. |
Setakat ini, masih tiada sebarang pengganas atau sebarang tuntutan dikemukakan dan insiden ini dipercayai mempunyai unsur penculikan. Sebelum itu, Mikel yang mengetahui insiden itu sebelum perlawanan menentang Stoke City tetap meneruskan aksinya sebelum meminta pihak berkuasa Nigeria mengambil tindakan ke atas kes ini.
Social Plugin