LAGI PERTELINGKAHAN MARIO BALOTELLI DAN MANCINI

NASIHAT... Mancini memperkatakan sesuatu kepada Balotelli. 
Mario Balotelli sekali lagi bertekak dengan pengurus Manchester City, Roberto Mancini selepas dikeluarkan pada babak kedua. Sama seperti aksi backhell menentang LA Galaxy, Balotelli berang tindakan Mancini mengeluarkannya pada babak kedua. Sebelum itu, ketika hampir tamat babak pertama, Balotelli menjaringkan gol City menentang Inter Milan menerusi sepakan tandukan dari sepakan sudut.

MULA HANGAT... Balotelli membantah apa yang diperkatakan Mancini.
BANGUN... Mancini mempertahankan kata-katanya dan terus bertegang-urat.
Apa punca pergaduhan ini? Mancini menjelaskan bahawa Balotelli tidak mendengar nasihatnya dimana terdapat satu peluang dimana Balotelli sepatutnya menjaringkan gol namun tidak disempurnakan. Sebaliknya, Balotelli menghantar bola kepada Dzeko yang mana sudah tertutup ruang baginya. Pertelingkahan demi pertelingkah mungkin menyaksikan Balotelli memanaskan bangku simpanan atau pulang ke Itali mungkin?