TAWARAN KETIGA CHELSEA TERHADAP LUKA MODRIC

BERCITA-CITA... Modric mahu trofi kejuaraan berbanding berjuang layak ke Liga Juara-Juara.
The Blues datang lagi untuk Luka Modric dengan tawaran dikhabar sekitar £30 juta. Selepas dua tawaran sebelum ini ditolak, Tottenham mungkin akan mempertimbangkan tawaran ini dengan Modric masih bersikap profesional dalam menentukan masa depannya. 

AVB... mahu memperkuatkan pasukan yang dibarisi pemain berusia.
Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas sebelum ini meminta 15 hari sepanjang jelajah ke Asia untuk menilai kemampuan pemainnya kini bakal membawa masuk lebih ramai bakat muda baru ke Stamford Bridge bagi memperkuatkan pasukan. Falsafah bola sepak berbeza dibawa AVB dan kini mungkin Modric akan tiba di kelab Barat London ini. Hanya masa yang bakal menentukan. Persoalannya, adakah kehadiran Modrid akan menyekat perkembangan 'Liam Brady' baru, Josh McEachran?