SANTOS... dibawa ke Emirates bagi memperkukuh benteng pertahanan. |
Tamatnya perpindahan musim panas, beberapa perpindahan mengejutkan berlaku di LPI. Manakah tidak, beberapa perpindahan yang tidak disangka berlaku. Paling mengejutkan, pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilihat membelanjakan dana keseluruhan bernilai hampir £54 juta.
ARTETA... pengganti Cesc Fabregas di Stadium Emirates. |
Sebelum ini, polisi pembelian pemain Arsenal lebih tertumpu kepada pembelian pemain muda dan diasah menjadi pemain bertaraf dunia. Namun, dek tindakan melepaskan dua pemain berpengaruh, Samir Nasri dan Cesc Fabregas, Arsenal nyata tempang apabila dimalukan oleh Manchester United di Old Trafford.
BENAYOUN.... kekal di London secara pinjaman bersama Arsenal. |
Ternyata kekalahan memalukan kepada Red Devils membuka mata Wenger yang risau bakal kehilangan jawatannya andai mencatatkan musim ketujuh tanpa sebarang trofi. Oleh itu, hari terakhir jendelan perpindahan ditutup, pengurus dari Perancis itu mengubah falsafah dan polisinya apabila membawa masuk bintang Piala Dunia Jerman, Per Mertesacker, pertahanan Brazil, Andre Santos, perancang Israel, Yossi Benayoun dan Mikel Arteta dari Everton.
KENTAL... kehadiran Mertesacker bakal menjadi kunci pertahanan Gunners. |
Ia memang mengejutkan pemerhati bola sepak Inggeris namun mereka memandang pembelian Wenger masih kurang dari sudut kaliber mereka. Mungkin selepas ini, Mikel Arteta perlu lebih meluaskan pengaruhnya dibilik persalinan andai Arsenal mahu pasukan itu menjadi seimbang tatkala barisan pemain muda mendominasi bilik persalinan. Tomas Rosicky dan Andrei Arshavin perlu memainkan peranan mereka jika Arsenal mengidamkan menambah lebih trofi di kabinet mereka.
Social Plugin