SELAMAT HARI LAHIR BILL SHANKLY

LAGENDA... sempena memperingati ulang tahun kelahiran lagenda The Reds.
Tanggal 2 September 2011 adalah tanggal keramat kepada penyokong The Reds kerana pada 98 tahun lalu, seorang wira Merseyside dilahirkan. Bill Shankly muncul pengurus paling berjaya dan dihormati di Britain. Sepanjang 15 tahun bersama The Reds, Shankly memenangi 3 kejuaraan liga, 2 trofi Piala FA, 1 Piala UEFA dan dua kali memenangi Perisai Komuniti.


Paling diingati, lagenda ini memenangi Anugerah Pengurus Terbaik Tahunan 1973. Namun, agak mengejutkan apabila Shankly mengumumkan persaraannya selepas memenangi trofi Piala 1974. Antara kata-kata Shankly yang dikenang adalah "Pertama adalah pertama. Kedua tiada apa-apa." Selamat Ulang Tahun Billy Shankly!