MEREKA MASIH PERCUMA

Jendela perpindahan di beberapa negara telahpun ditutup namun ia tidak bermakna peluang seseorang pemain itu berpindah ke pasukan diingini telah berkubur. Perpindahan percuma bagi pemain bebas (tiada kelab) masih dibenarkan. Jadi, masih ada peluang lagi beberapa kelab yang sumber kewangannya terhad mendapatkan pemain-pemain ini secara percuma. Berikut adalah peluang yang harus disambar oleh mereka.

PENJAGA GOL - TIMO HILDEBRAND


~ Sejak meninggalkan Sporting Lisbon, pemegang rekod kebolosan paling lama Bundesliga ini masih belum mempunyai kelab. Mungkin beberapa kelab LPI perlu membawa Hildebrand ke England dan merubah nasib mereka.

PERTAHANAN - PAUL STALTERI


~ Bekas pertahanan Tottenham Hotspurs dan Fulham berusia 33 tahun ini masih mencari kelab yang sesuai buat dirinya selepas beraksi di Bundesliga bersama Werder Bremen dan Borussia Monchengladbach. Sedang berusaha mengembalikan kecergasan selepas pembedahan.

PERTAHANAN - SOL CAMPBELL


~ Pada usia 36 tahun, beberapa peramal bola sepak menjangka bekas pemain antarabangsa England ini masih mampu beraksi di LPI. Campbell menyertai Newcastle selepas musim cemerlang bersama Arsenal namun dihampakan dengan perlantikan Alan Pardew yang tidak meminatinya. Dibebaskan hujung musim lalu.

PERTAHANAN - JLLOYD SAMUEL


~ Satu nama yang tidak asing buat peminat Aston Villa dan Bolton Wanderers. Selepas dibebaskan Bolton, Samuel berusaha mengembalikan kecergasannya dan mencari kelab baru secepat mungkin sebelum pintu perpindahan percuma ditutup.

PERTAHANAN - PHILIPP DEGEN


~ Cemerlang dan sentiasa mendapatkan tempat di hati Rafael Benitez, siri kecederaan nyata menjadi batu penghalang buatnya. Sering diketepikan selepas itu kerana kecederaan dan menyertai Vfb Stuttgart secara pinjaman musim lalu dengan hanya 7 penampilan. Dibebaskan pada hari terakhir perpindahan sebelum ditutup.

TENGAH - EL HADJI DIOUF


~ 'Budak jahat' ini dibebaskan Blackburn Rovers atas persetujuan bersama. Pemerhati melihat Diouf mungkin bakal menyertai Sam Allardyce di West Ham United selepas dua kali di Bolton dan sekali di Blackburn. Imej negatif Diouf perlu dikikis andai mahu beraksi diperingkat tertinggi.

TENGAH - STEPHEN APPIAH


~ Enam tahun lalu, Stephen Appiah adalah salah seorang kunci pasukan hebat Juventus di Serie A dan Eropah. Appiah turut menjadi skipper Ghana dalam Piala Dunia 2006 di Jerman. Pada usia 30, Appiah kini mencari kelab sesuai buat dirinya.

TENGAH - BOLO ZENDEN


~ Pemain ini pernah mencipta nama bersama FC Barcelona pada 1998 hingga 2001 sebelum berhijrah ke LPI bersama Chelsea, Middlesbrough, Liverpool dan Sunderland. Namanya sudah tidak asing di LPI dan dijangkakan Zenden akan menyertai kelab LPI atau kembali ke Belanda atau mungkin ke negara Arab.

PENYERANG - MIKAEL FORRSELL


~ Pernah dilabel pemain berbakat besar apabila berjaya memecah masuk pasukan utama Chelsea namun gagal menewaskan gandingan Gianfranco Zola dan Jimmy Floyd Hesselbaink. Musim pinjaman cemerlang di Birmingham dan kekal di sana sebelum berpindah ke Hannover. Siri kecederaan menyekat bakatnya.

PENYERANG - DAVID ODONKOR


~ Penyenaraian mengejut Jerman dalam Piala Dunia 2006. Berpindah ke Sepanyol bersama Real Betis dari Borussia Dortmund. Nasib Odonkor di La Liga nyata tidak seperti diharapkan kerana kerapa memanaskan bangku bilik rawatan. Cuba meyakinkan kelab-kelab Eropah kemampuan dimilikinya.

PENYERANG - JAMES BEATTIE


~ Aksi Beattie mula dikenali apabila beraksi buat Southampton sehingga dia meraih lima kaps antarabangsa England namun prestasi penyerang ini semakin merudun musim demi musim dengan gagal menembusi pertahanan lawan ketika bersama Blackpool. Adakah kelab lain berminat untuk penyerang ini?