AWANA AKHIRNYA PERGI

Pemain yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan jutaan peminat bola sepak dunia menerusi sepakan penalti backheel, Theyab Awana meninggal dunia semalam. Berita kematian Awana disahkan persekutuan bola sepak UAE dimana Awana dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya selepas pulang dari menjalani latihan bersama Al-Ain.

AWANA... terbabit dengan kemalangan selepas pulang dari latihan.
Sebelum ini, Awana berjaya mencuri tumpuan dunia menerusi gol backheel cantik ketika perlawanan persahabatan antara UAE dan Lubnan sebelum dikeluarkan oleh pengurus pasukan kerana dilabel sebagai tidak menghormati lawan. Perlawanan itu dimenangi UAE dengan keputusan 7-2. Pemergian satu lagi pemain berbakat Asia ini pasti dikenang dalam sejarah bola sepak UAE mahupun antarabangsa.