SUDAH TUKAR KA?

Minggu lalu, dapat disaksikan aksi hebat Newcastle United mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini dengan menewaskan Blackburn Rovers di St. James Park. Namun, ada sesuatu kelainan yang dapat diperhatikan. Ia seakan-akan memberitahu Magpies telahpun bertukar nama menjadi Sportsdirect.com berbanding Newcastle United. 

PELIK... nama penaja cukup menenggelamkan nama Newcastle dan St.James Park.
Apa tidaknya, lihat saja pada nama Newcastle pun sudah hampir ditutup dengan nama penaja. Inikan pula bumbung stadium yang turut dihiasi warna biru dan merah. Mungkinkah nama penaja juga akan diletakkan di depan nama kelab seperti hak nama stadium?