GILIRAN SAFEE SALI KE CARDIFF CITY

KE EROPAH... Safee Sali bakal menjalani ujian bersama Cardiff City bulan ini.
Penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali menerusi lawan sesawang Facebooknya hari ini mengumumkan tawaran kelab berpengkalan di Wales milik rakyat Malaysia, Cardiff City mengemukan tawaran menjalani latihan dan percubaan bersama kelab itu. Berikut adalah petikan kenyataan Safee Sali: - 


'Sah, Safee Sali mendapat jemputan untuk menjalani ujian penuh bersama pasukan Cardiff City FC selama 2 minggu mulai minggu depan. Jika segala urusan berjalan lancar, Safee akan berangkat pada 12 hingga 27 September, 2011. Surat memohon pelepasan dari kelabnya Pelita Jaya juga sudah dihantar dan sekarang menantikan pelepasannya. Doakan segalanya berjalan lancar. Jika dilepaskan PJFC, Safee akan menjalani latihan berasama pasukan utama Cardiff City. Penghormatan dan sejarah bolasepak Msia.'

SAFIQ... mahu menggunakan peluang di Cardiff sebaik mungkin.
Berita ini pasti menambahkan lagi kegembiraan penyokong Harimau Malaya selepas perancang Selangor dan skiper Malaysia, Safiq Rahim sebelum ini diberikan tawaran yang sama. Ini dilihat sebagai bantu loncatan dan pembuka ruang kepada lebih ramai pemain muda berbakat Malaysia diberi peluang di Eropah selepas pinjaman trio Olimpik, Muhammad Irfan Fazail, Wan Zack Haikal dan Muhammad Fadhli Shas bersama FC Vion. Selamat maju jaya Safee Sali Putbolanews ucapkan. Anda kebanggaan negara!