IMPIAN NICHOLAS ANELKA

Setiap remaja pastinya menginginkan beraksi bersama pasukan impian masing-masing. Namun, tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Pernahkah anda mengenali penyerang Chelsea, Nicholas Anelka? Media Eropah melabelkannya pemain pindah-randah dan tidak setia bersama kelab. Namun, Nicholas Anelka menemui 'rumah' kekalnya di London bersama Chelsea.

TERLAKSANA... impian Nic dari kecil terlaksana namun adakah ianya berbaloi?
Penyerang antarabangsa Perancis ini sudah pun melangkaui tahap terbaiknya. Pada usia 32 tahun, mungkin Nic perlu mencari kelab ke-9nya kerana kehadiran beberapa pemain muda di Chelsea bakal mengusirnya dari 'rumahnya' sendiri. Berikut adalah gambar Nic bersama lapan kelab yang diwakilinya.

PARIS SAINT-GERMAIN... 1996 - 1997
ARSENAL... 1997-1999
GALATICOS... 1999-2000
KEMBALI KE PSG... 2000-2002
PINJAMAN DI ANFIELD... 2002
MANCHESTER CITY... 2002-2005
FENERBAHCE... 2005-2006
BOLTON WANDERERS... 2006-2008
CHELSEA... 2008-kini...
Dengan masuknya musim baru 2011/12, Chelsea menjadi kelab paling lama disertai Anelka dengan masuk musim keempat di Stamford Bridge. Kehadiran Romelu Lukaku dan Fernando Torres pastinya membuatkan Anelka berfikir panjang tawaran PSG yang mahukan penyerang itu kembali ke Perancis.