INILAH MASANYA, AYUH KITA KE OLIMPIK!

SELAMAT BERJUANG... pasukan Olimpik Malaysia bakal berjuang untuk layak ke Olimpik 2012.
Petang tadi, tamatlah semua perlawanan persahabatan membabitkan pasukan Olimpik Malaysia. Kekalahan 0-1 kepada Olimpik Oman bukanlah nanah yang membawa luka yang dalam kesannya. Yang penting, tiada luka dihati dengan wajah yang berkobar dengan satu semangat, Malaysia Boleh! Kita akan ke Olimpik London! 

KENTAL... Muslim Ahmad dan penulis selepas perlawanan menentang Olimpik Oman .
Persiapan demi persiapan yang dirangka terutama di Slovakia nyata menjadi tonik terbaik sebagai pengalaman yang mematangkan permainan mereka. Keampuhan barisan pertahanan perlu dimanfaatkan barisan serangan sambil lambakan pemain hebat di bahagian sayap menjadi kunci utama pasukan. Namun, bagi Ong Kim Swee, kata-katanya dianggap senjata terbaik untuk memotivasikan anak buahnya supaya hilangkan sifat 'keMelayuan' yang terlalu hormat lawan  dengan membuktikan kepahlawanan Melayu. Semua bangsa bersatu dibawah nama Malaysia!

OLIMPIK OMAN... turut bersaing merebut slot ke Olimpik 2012.
21 September menjadi tarikh penting untuk diingati rakyat Malaysia supaya sama-sama mendoakan kejayaan anak muda ini apabila berkunjung ke Jepun bagi merealisasikan impian melihat Harimau Malaya beraksi di Olimpik London. Semoga kejayaan milik Malaysia dalam kempen kelayakan Olimpik bermula minggu hadapan. Selamat Berjuang Olimpik Malaysia!