3/5 TEWAS, MAMPUKAH ARSENAL MENCABAR KEJUARAAN?

TERTEKAN... Wenger mungkin kehilangan tugasnya jika Arsenal terus merudum.
Langit tidak selalunya cerah. Namun, roda yang diharap berpusing, tegar di bawah. Dilabel sebagai pencabar kejuaraan, Arsenal kini berada dimana kedudukan yang rasai penyokong Liverpool musim lalu. Tewas tiga dari lima perlawanan adalah sesuatu yang sangat teruk bagi pasukan ternama seperti Gunners.

GUNNERS... pengaruh Fabregas dan Nasri nyata beri kesan terhadap persembahan Arsenal musim ini.
Lebih malang, dengan rekod kekalahan di Ewood Park, Arsenal menyamai rekod pasukan terburuk dalam sejarah LPI iaitu Derby (2007/08) dan Southampton (98/99). The Saint menamatkan kedudukan empat terbawah manakala Derby hanya mengumpul 11 mata dengan satu kemenangan. 

Apakah spekulasi mengaitkan pemergian Wenger dari Stadium Emirates bakal bertiup kembali? Atau mungkin dia akan terus diberikan kepercayaan walaupun Arsenal gagal ke Eropah musim depan? Masih terlalu awal untuk diperkatakan namun, itulah realiti yang perlu ditanggung Gunners. Perubahan drastik terutama dibarisan pertahanan perlu diperbaiki sambil barisan serangan Gunners yang membanggakan. Bertindak atau sayonara Arsene Wenger!