3 PASUKAN PROMOSI MENANG, SIAPA BAKAL TERSINGKIR?

QPR... catat keputusan hebat di Stadium Molineux dengan menwaskan Wolves 3-0.
Hari ini adalah hari paling indah buat tiga pasukan promosi apabila trio ini menang perlawanan mereka. Norwich City dan Swansea City merekodkan kemenangan pertama sambil pasukan yang diberi nafas baru jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes, Queen Park Rangers terus mencatat keputusan memberangsangkan. Kepimpinan pemain bermasalah, Joey Barton tidak menggugat persembahan pasukan.

SAMBUT... Pemain Swansea meraikan gol Leroy Lita untuk rekodkan kemenangan sulung LPI.
Swansea City mencatat kemenangan bermakna apabila mudah menundukkan West Bromwich 3-0. Jumlah gol sama turut dihasilkan QPR sambil Norwich City menang 2-1 di Stadium Rebook dan meninggalkan persoalan mengenai pasukan yang bakal tersingkir ke Liga Kejohanan musim depan. 

Melihat kedudukan liga selepas perlawanan malam ini, Fulham, Sunderland dan West Browich Albion berada di dasar liga sambil Fulham dan Sunderland masih berbaki satu perlawanan. Melihat prestasi semasa, Blackburn, West Brom, Norwich dan Swansea City berdepan masalah bagi mengekalkan momentum kemenangan mereka. 

TERBANG TINGGI... kemenangan sulung menjadi tonik terbaik Cannaries musim ini.
Ia nyata jauh berbeza dengan prestasi QPR yang disokong Fernandes dengan beberapa muka familar di LPI. Jadi, tugas mengekalkan pasukan di LPI adalah lebih mudah berbanding empat pasukan di atas. Ketumpulan jentera serangan Norwich dan Cardiff bakal mengundang masalah di barisan pertahanan sambil Roy Hodgson perlu merangka strategi ampuh bagi memperbaik keputusan, seperti keajaiban yang dilakukannya musim lepas.

Sementara itu, tugas Steve Kean di Ewood Park masih terumbang-ambing tatkala dia bukanlah kesayangan penyokong. Tewas dua atau tiga perlawanan pasti mengudang padah dengan Ole Gunnar Solksjaer disebut-sebut bakal mengambil-alih Rovers. Seorang lagi pengurus yang turut berada dalam tekanan adalah pengurus Sunderland, Steve Bruce yang membawa masuk 11 pemain baru. Peminat sudah mula melaungkan amaran supaya anak didik Sir Alex Ferguson ini disingkirkan.

STEVE BRUCE... tekanan mulai dirasai selepas pembelian mewah musim panas lalu.
Dengan perlawanan sudahpun menginjak perlawanan kelima, setiap pasukan perlu mengekalkan momentum kemenangan dan memastikan pemain serasi bermain bersama terutama pasukan yang banyak membeli pemain musim panas lalu. Kredibilit pengurus juga diperlukan bagi mengelakkan pasukan kesayangan terjerumus ke liga bawahan. Kelab mana pilihan anda untuk tersingkir musim ini?