TAMATKAN KEMARAU GOL, TORRES CIPTA SEJARAH

TORRES... gagal sempurnakan peluang terhidang di depan gol.
Berjaya menamatkan kemarau gol LPI minggu ini Old Trafford mungkin detik manis buat penyerang Chelsea, Fernando Torres. Namun, penyerang antarabangsa Sepanyol ini mencipta satu detik baru apabila merekodkan miss of the season selepas gagal menyempurnakan peluang ketika gawang Manchester United yang dikawal David De Gea sudahpun terbuka luas buatnya.

TERLEPAS... Andre Villas-Boas melabel kegagalan Rooney sama seperti kegagalan Torres.
GAGAL... Sir Alex Ferguson menyamakan insiden Torres seperti kegagalan Forlan menentang Juventus pada 2003.
Walau apa-pun, ini dilihat kebangkitan semula Torres selepas kemarau gol sejak menyertai Chelsea. Dia sudah kembali memperolehi keyakinan dan mungkin lebih banyak gol bakal disumbangkan Torres. Apa yang perlu dilakukannya adalah menjaga kaki dari dikasari pertahanan lawan bagi menyelakkannya terus diketepikan. Apakah akan muncul lagi miss of the season lagi musim ini?



Jadi, apa yang perlu dilakukan Torres adalah bangkit sama seperti yang dilakukan Forlan dengan memenangi dua kali penjaring terbanyak La Liga bersama Villarreal dan Atletico Madrid. Lupakan perlawanan itu dan terus menjaringkan gol. Maka, tutuplah mulut pengkritik. Bangkitlah Torres, anda pemain berbakat dan salah seorang penyerang terbaik dunia!