BERANINYA YOAV ZIV

PENJELASAN... apapun yang diperkatakan Ziv tidak dilayan pengadil perlawanan.
Insiden yang sering tak disangka-sangka sering berlaku dalam bola sepak. Kali ini, ianya diambil dari perlawanan peringkat kumpulan Piala Europa membabitkan pasukan Inggeris, Stoke City dan pasukan Israel, Maccabi Tel-Aviv. Yang mencuri tumpuan adalah pertahanan berbangsa Yahudi, Yoav Ziv.


Pertahanan ini sering di 'boo' penyokong Stoke City kerana reaksinya jeliknya terhadap terjahan yang dilakukan penyerang Stoke, Cameron Jerome mengakibatkan penyerang itu menerima kad kuning kedua pada babak pertama. Namun, dejavu berlaku apabila Ziv tidak terlepas balasan atas balasannya apabila menerima kad merah kerana menyepak butnya dan terkena penjaga garisan. Jadi, tiada maaf bagimu Yoav Ziv!