![]() |
| GEMBIRA... antara beberapa pemain Real Madrid bergambar kenang-kenangan. |
Kenikmatan hidup sebagai pemain bola sepak bertaraf bintang adalah sesuatu yang diidamkan oleh ramai lelaki. Inilah yang dilakukan oleh bintang Galaticos apabila penaja, Audi membawa mereka ke litar go-kart bagi membuktikan kehandalan mereka memandu.
| JELAS... beginilah kedudukan lima pemandu terbaik selepas tamat perlumbaan. |
Yang pastinya, kehebatan di padang bola bukanlah faktor yang akan membantu mereka di padang. Rasa-rasanya, siapakah pemenangnya? Dengan menggunakan kereta yang mempunyai jersi masing-masing, setiap pemain Real memandu dengan bersaing sesama sendiri bagi menentukan juara.
![]() |
| JUARA... Esteban Granero bersama 'trofi' yang dimenanginya. |
Namun, hanya pemain yang kelihatan tanpa jurulatih berego tinggi, Jose Mourinho. Ketiadaan Mourinho digunakan sebaik mungkin pemain Real untuk berhibur dan buktinya, Esteban Granero muncul pemenang mengetepikan Karim Benzema di tempat kedua dan Sergio Ramos ketiga. Bintang lain yang kebiasaannya memandu laju dengan kereta mewah mereka seperti Cristiano Ronaldo belum cukup handal rupanya memandu kereta.


Social Plugin