 |
MEMALUKAN... kekalahan terburuk United sepanjang karier Ferguson di Old Trafford. |
Perlawanan yang paling dinantikan minggu lalu adalah pertembungan musuh setempat, Manchester United dan Manchester City di Old Trafford. Dengan berlangsungnya upacara 'pengkebumian' jersi Carlos Tevez ke dalam lori sampah oleh kedua-dua pasukan, United mungkin terkena sumpahan penyerang yang membantu United meraih salah satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
 |
TERGAMAM... Rooney dan Hernandez tidak mampu melakukan sesuatu untuk Red Devils. |
Badi Tevez mungkin melekat kerana penyerang Argentina itu tidak rela diperlakukan sebegitu oleh penyokong United. Natijahnya, anak buah Sir Alex Ferguson dibelasah 1-6 oleh City. Nyata, barisan muda seperti Chris Smalling, Johnny Evans, Ashley Young dan Phil Jones tidak berupaya menangkis serangan bertali arus City.
 |
PERSENDA... kejuaraan ke-19 |
Ia sebenarnya mencacatkan rekod cemerlang Sir Alex di Old Trafford dimana kekalahan besar itu nyata memberikan kesan mendalam terhadapa pengurus berbangsa Scotland itu. Kemegahan menjadi pasukan paling banyak memenangi piala musim lalu tenggelam dek kekalahan besar malah dijadikan 'bahan' oleh lawan bagi mempersendakan penyokong United. Mampukah United bangkit semula seperti yang berlaku ke atas Chelsea musim lalu? Sir Alex Ferguson ada jawapannya.
STATISTIK UNITED MUSIM INI...
 |
KURANG KAWALAN... kelemahan barisan tengah yang sangat ketara. |
 |
BARISAN PERTAHANAN... empat pertahanan United sepanjang perlawanan musim ini. |
 |
LEMAH... statistik merekodkan kelemahan barisan pertahanan United. |
Social Plugin