Sengaja cari masalah! Itulah yang dilakukan dua peminat Wolves apabila menceroboh padang musuh setempat, West Brom, The Hawthorns selepas perlawanan setempat kedua-dua pasukan yang menyaksiakn The Baggies menang 2-0 ke atas Wolves. Lebih memburukkan keadaan, duo ini melakukan aksi yang kurang menyenangkan penyokong Baggies apabila kencing di tengah padang selain menunjukkan punggung ke arah kamera.
Tindakan ini sebenarnya dilihat cuba mencetuskan provokasi ke atas lawan dan ia sememangnya bakal mengeruhkan keadaan apabila kedua-dua pasukan ini bertemu semula kelak di Stadium Moleneux tahun depan. Jika anda peminta Baggies, apakah perasaan anda melihat aksi jelik dua penyokong lawan ini? Dan... tidak salah rasanya kalau membayangkan anda adalah salah seorang dari duo ini, bagaimana?
Social Plugin