CARA TERBAIK SAMBUT KEJUARAAN LIGUE 1

JUARA... pemain Lille menyambut kejuaraan Ligue 1 bersama peminat sebelum... (lihat gambar kedua)
Kejuaraan liga sememangnya diidam-idamkan oleh setiap pemain bola sepak, apatah lagi jika kelab itu jarang memenanginya dalam beberapa musim sebelumnya. Kemenangan menjuarai Ligue 1 Perancis berjaya menaikkan nama kelab diperingkat Eropah walaupun selepas itu terpaksa kehilangan pemain utama seperti Yohan Cabaye ke Newcastle, Gervinho ke Arsenal dan Adil Rami ke Valencia.

APAKAH INI... Adil Rami, Rio Mavuba, Tulio De Melo dan Mathieu Debuchy di bilik persalinan kelab.
Meraikan kejayaan bersama peminat semestinya menjadi satu kewajiban namun, pernahkah anda membayangkan bagaimana sambutan yang dilakukan antara pemain dan staf kejurulatihan di bilik persalinan? Disini dibongkarkan salah satu gambar istimewa dari bilik persalinan Lille.