KARIER PETR CECH HAMPIRI TITIK NOKTAH

PETR CECH... mungkin bersara awal kerana siri kecederaan berlarutan.
Karier penjaga gol Chelsea dari Republik Czezh, Petr Cech, 29, semakin menghampiri penghujungnya kerana siri kecederaan yang dialaminya. Ia dikuatkan oleh penjag gol muda Chelsea yang dipinjamkan ke Atletico Madrid, Thibaut Courtois. Ia adalah alasan kukuh mengapa Courtois dipinjamkan dua musim ke Atletico oleh The Blues. 

THIBAUT COURTOIS... mengintai peluang untuk menjadi penjaga gol utama Chelsea.
Lebih buruk lagi, awal musim ini saja Cech diketepikan selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan dan apabila dihitung sepanjang kariernya di Stamford Bridge, Cech sudah mengalami kecederaan sebanyak sepuluh kali. Paling teruk, rempuhan pemain sayap Reading yang kini bermain untuk Wolves, Stephen Hunt yang menyebabkan tengkoraknya retak. Selain itu, 


Cech turut mengalami masalah tulang belakang dan ia memberi petanda kepada Courtois supaya lebih bersedia sebelum berhadapan liga paling mencabar di dunia. Andai Cech bersara pada awal 30-an, adalah satu kerugian buat Chelsea kerana penjaga gol ini masih konsisten di gawang The Blues. 

SIRI KECEDERAAN PETR CECH:

Jul 2006: Pembedahan Bahu
Okt 2006: Retak tengkorak kepala
Nov 2007: Cedera pergelangan kaki menentang Schalke 04 dalam Liga Juara Juara
Dis 2007: Kecederaan pinggul menentang Blackburn
Mac 2008: Pergelangan kaki cedera semasa latihan
Apr 2008: Pembedahan kecemasan di muka selepas bertembung semasa latihan 
Feb 2009: Kecederaan belakang lawan Liverpool
Feb 2010: Kecederaan betis lawan Inter Milan
Jul 2010: Otot betis koyak semasa latihan 
Ogo 2011: Kecederaan ligamen lutut selepas jatuh semasa latihan