Bekas penyerang Manchester United yang kini bermain di Manchester City, Carlos Tevez menerima tamparan paling hebat dalam kariernya apabila penyokong United dan City bersama mengadakan acara membuang jersi Tevez ke dalam lori sampah. Lori itu diwarnaka khas dengan warna merah dan biru cair.
| PROTES... penyokong United dan City melempar jersi Tevez ke lori kitar semula. |
| BALING... adakah tindakan penyokong dua kelab Manchester ini berbaloi? |
Sebelum ini, Tevez mencetuskan kemarahan penyokong The Red Devils apabila menyertai musuh setempat, City. Namun, selepas dua musim di Stadium Ettihad,Tevez menyatakan keinginannya untuk berpindah kerana masalah keluarga. Lebih memburukkan keadaan, keengganannya masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan Liga Juara Juara di Allianz Arena.
| KESEORANGAN... Tevez tetap berlatih walaupun berseorangan selepas bercakaran dengan Mancini. |
Hari ini, menjelang pertembungan setempat kelab Manchester, lori 'kitar semula' jersi Tevez dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar Old Trafford dengan gambar Tevez terpapar di badan lori. Dengan Tevez dilihat menjalani latihan berseorangan, perpindahan semula ke Boca Juniors mungkin menjadi kenyataan andai City menurunkan nilai harga Tevez. Apa lagi yang mampu dilakukan Tevez di Bandaraya Manchester?
Social Plugin