Kelapangan masa ketika aksi perlawanan kelayakan Euro 2012 dan perlawanan persahabatan antarabangsa digunakan sebaik mungkin oleh penyerang AC Milan, Robinho apabila membawa anaknya, Robson Junior ke kompleks sukan di Milan.
| ANAK AYAH... Robson mencium bapanya selepas meniru aksi Robinho. |
Robinho menunjukkan aksi mengawala bola dan kemudiannya diikuti Robson. Dengan munggunakan jersi bernombor 70 dan rambut ala afro Jackson-5, Robson mungkin berpeluang menjadi pemain hebat andai diberikan didikan yang sempurna sebagai pemain bola sepak. Mungkinkah Robson bakal menyambung legasi kehebatan Robinho atau indah khabar dari rupa?
Social Plugin