UNITED SAMBAR BUDAK 5 TAHUN!

BERBAKAT... pada usia 5 tahun, Jackson bakal ke Old Trafford.
Kelab Inggeris kini lihat berlumba-lumba dalam mendapatkan pemain terbaik sambil para pencari bakat tidak lekang meninjau dimana-mana sahaja adanya pemain muda terbaik. Terbaru, gergasi Inggeris, Manchester United dilaporkan berjaya mendapatkan pemain muda tempatan yang baru berusia 5 TAHUN!!!

ADA GAYA... bakat yang dimiliki Jackson mencetuskan minat United walaupun dia adalah penyokong City.
Aksi Charlie Jackson dilihat berjaya menarik minat peninjau bakat United untuk melamarnya ke akademi kelab namun berdepan kesukaran kerana bapa kepada bintang kecil ini adalah peminat sejati Manchester City. Mana mungkin Jackson ke United. Namun, tiada yang mustahil. Peluang Charlie Jackson ke United sangat cerah dan semoga berjaya diucapkan. 

*Putbolanews: Teringin lihat lebih ramai anak muda Malaysia dibawa ke Eropah seperti Kumaahran yang berguru di Brazil bersama Cruzeiro.