Tidak pernah lekang dengan masalah. Jika dulunya penyerang Manchester City, Mario Balotelli tidak pandai menggunakan baju latihan, kali ini lain pula ceritanya. Ketika aksi persahabatan menentang Uruguay yang menyaksikan Itali tewas 0-1, Balotelli dilihat gagal memakai jersi dengan betul dan seperti keliru bila hendak memakainya.
![]() |
| SEPAK... gelagat Balotelli hanya diperhati penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera. |
Lebih menyedihkan lagi, Super Marion ini menendang tiang gol selepas gagal menyempurnakan peluang yang terhidang. Manakan tidak, minggu lalu, dia baru sahaja meraikan gol sulungnya buat Azzuri tetapi di Stadium Olimpico, skrip berbeza buatnya. Berubahlah Balotelli selagi ada masa lagi!



Social Plugin