![]() |
| MENAKJUBKAN... McGeouch dan rakan sepasukan meraikan gol cantiknya. |
Selepas menghasil beberapa nama besar di Liga Premier Scotland (SPL), Celtic kini memperkenalkan seorang lagi pemain muda berbakat berusia 18 tahun, Dylan McGeouch. Terbaru, dalam kemenangan besar 5-0 Celtic ke atas St. Mirren, pemain muda ini menjaringkan gol menakjubkan seperti Lionel Messi.
Bemula dari luar kotak penalti Celtic, McGeourch membawa bola melepasi beberapa pemain St. Mirren sebelum merembat leret melepasi jangkauan penjaga gol lawan. Satu jaringan yang menarik bagi pemain muda ini. Mungkinkah McGeourch akan meninggalkan Celtic pada hujung musim ini untuk ke liga yang lebih mencabar?

Social Plugin