NAZMI FAIZ MANSOR: MASA DEPAN HARIMAU MALAYA

JUARA... Nazmi (No.21) mengutip medal pertama dalam karier bola sepak profesional.
Muda dan berbakat besar! Itulah yang dapat digambarkan buat pemain muda skuad Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor. Anak kelahiran ibu kota ini menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti bagi memberikan gol pendahuluan Harimau Malaya ketika kelayakan Olimpik malam tadi. jaringan yang menakjubkan Nazmi wajar diberikan pujian.

Siapa sebenarnya Nazmi? Tidak begitu dikenali sebelum ke Sukan Sea, Nazmi adalah anggota skuad Harimau Muda B  yang beraksi sebanyak 19 perlawanan dalam aksi Liga Perdana musim lalu. Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini gagal menjaringkan sebarang gol di Liga Perdana namun aksi konsiten anak muda ini berjaya menarik minat jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang kehilangan tonggak utama ke Sukan Sea 2011 iaitu Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal. 

LINCAH... pergerakan Nazmi sentiasa menjadi masalah buat Indonesia.
Nyata, tuah menjadi milik Nazmi. Aksi hambar pasukan ketika perlawanan pembukaan Sukan Sea 2011 menentang Singapura membuka ruang kepada Nazmi untuk diturunkan beraksi menentang pasukan kental Asia Tenggara, Thailand. Turun dalam kesebelasan utama, Nazmi nyata sedikit gugup pada awal permainan namun berjaya mengawalnya dan menjadi jeneral di bahagian tengah bersama-sama kapten, Baddrol Bakhtiar. Cemerlang mengawal jentera tengah, Nazmi tidak menghabiskan perlawanan kerana kecederaan.

Bukan saja pengurus tertarik dengan aksinya, penyokong Harimau Muda turut terpegun akan aksi Nazmi menentang pasukan Gajah Putih. Kelibat Nazmi terus diperhatikan ketika menentang Kemboja, Indonesia dan Myanmar. Difahamkan, media asing turut membuat liputan mengenai bakat yang dimiliki Nazmi dimana dia turut dilabel sebagai 'ancaman' buat mana-mana lawan Harimau Muda.

Aksi perlawanan akhir Sukan Sea 2011, Nazmi diketepikan dari kesebelasan utama namun dimasukan pada babak kedua sehingga tamat perlawanan. Memenangi pingat emas di Jakarta menjadikan Nazmi pemain termuda Malaysia memenanginya iaitu pada usia 17 tahun. Ia selari dengan pengorbanannya yang terpaksa melupakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menunaikan tanggungjawab buat negara. Difahamkan, Nazmi akan mengambilnya pada tahun hadapan.

BERBAKAT... Nazmi dan Syahrul Azwari bergambar kenangan bersama pingat emas Sukan Sea 2011.
Bakat yang dimiliki Nazmi perlu dijaga sebaik mungkin supaya tidak dipersia. Ketenangan mengawal bola, teknik yang baik, kreatif dan berani melakukan terjahan adalah kekuatan utama Nazmi. Seharusnya, Nazmi dihantar menjalani pemilihan dengan kelab-kelab di Eropah terutama Jerman atau Itali kerana di sana mempunyai syarat yang sedikit longgar mengenai isu kerakyatan dan ranking bola sepak. Apa tunggu lagi FAM? Penyokong Malaysia pastinya mahu melihat aksi anak muda ini bersama kelab elit Eropah. Hanya masa akan menentukan. Selamat maju jaya Nazmi!