Pemilihan bola bagi sesebuah kejohanan bola sepak antarabangsa selalunya menjadi perbualan hangat. Ingatkah lagi anda pada bola kontroversi, Fevernova yang memalukan beberapa penjaga gol terbaik dunia dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA 2002?
Bagi kejohanan berprestij Eropah, Adidas sekali lagi memegang hak mengeluarkan bola sepak bagi EURO 2012. Berinspirasi dari bola sepak edisi terdahulu, Adidas Tango 12 dijangka tidak memberikan masalah kepada pemain terutama penjaga gol kerana teknologi terkini digunakan dalam penghasilan bola ini. Penyerang Sepanyol, David Villa dan penyerang Perancis, Karim Benzema telah merasai kehebatan bola ini. Bagaimana pula Rooney dan Cassano atau Huntelaar?
* Mungkinkah tuah memihak kepada England dengan bola ini?


Social Plugin