Pertembungan menarik Serie A minggu lalu menampilkan gergasi Itali, Juventus menentang pasukan liat, Napoli di San Paolo. Ketika baru 13 minit perlawanan, Napoli dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang, Lavezzi dijatuhkan oleh Andrea Pirlo. kapten, Marek Hamsik ditugaskan mengambil sepakan. Skipper itu dilihat mudah merembat deras ke sebelah kiri gol dan Hamsik menyambut jaringan dengan cara tersendiri.
![]() |
| GOL... sepakan penalti pertama Hamsik menentang Juventus. |
Sebaik berjaya menyempurnakan penalti, Hamsik berlari ke belakang gol dan turun ke tangga bawah tanah dan menghilangkan diri. Satu cara sambutan gol menarik. Namun, selepas meraikan jaringan, Hamsik terkejut selepas gol itu dibatalkan dan diminta mengambilnya sekali lagi. Sepakan kali kedua Hamsik liar melepasi palang. Satu sambutan gol yang menarik dan satu insiden yang teruk buat pemain Slovakia ini.

Social Plugin