STOKE CITY TAMPIL IMEJ BARU

GENG MISAI... antara staf dan pemain Stoke City bergambar kenangan dalam kempen kanser prostat.
Agak mengejutkan apabila melihat rupa pemain Stoke City ketika perlawanan menentang Blackburn Rovers Sabtu lalu. Manakan tidak, hampir semua pemain Stoke City dilihat tampil seperti imej lelaki Inggeris zaman dulu kala - bermisai!

PETER CROUCH... apakah imej bermisai menjadikannya lebih garang berbanding dulu?
Agak janggal apabila melihat imej pemain-pemain ini bermisai. Namun, ini sebenarnya adalah penglibatan kelab dalam kempen menentang kanser prostat. Namun, kempen ini berakhir apabila mereka semua berkumpul untuk dirakam foto bermisai mereka sebagai kenangan dan tanda sokongan kepada kempen. Tahniah Stoke City!