ROONEY GAGAL TEWASKAN PIQUE

SAYA MENANG... Pique meraikan kejayaannya menewaskan Rooney dalam FIFA 12.
Pernah menjadi rakan sepasukan di Old Trafford. Namun, kekecewaan penyerang Manchester United, Wayne Rooney terhadap pertahanan Barcelona Gerard Pique tidak pernah berakhir. Terbaru, dalam iklan permainan konsol dan komputer, FIFA 12 menghasilkan sebuah iklan khas sempena perayaan Krismas hujung bulan ini.

PILIH.... mana satu agaknya corak stokin yang diminati Shakira?

ROONEY... apa yang harus dilakukan dengan anjing ini?
Namun, dalam iklan itu bukan hanya duo terbabit sahaja terlibat tetapi ia termasuk perancang kreatif Real Madrid, Kaka, Tim Cahill dan Jack Wilshere. Di babak akhir iklan, FIFA 12 menunjukkan Pique berjaya menewaskan Rooeny dalam permainan itu sekaligus menjadi kesinambungan Rooney terhadap kekecewaan di Wembley musim lalu. Bila agaknya masa untuk Rooney pula?