![]() |
MASANYA SUDAH TIBA... Anelka memburu kesembilannya kerana tidak diperlukan lagi di The Bridge. |
Serasi bersama! Itulah yang dapat diibaratkan buat dua pemain Chelsea, Nicholas Anelka dan Alex. Jika dulu, prestasi duo ini amat mengagumkan dan berjaya membantu Chelsea meraih kejuaraan berganda di bawah Carlo Ancelotti. Namun, kini semua hanya tinggal kenangan.
Pengurus muda, Andre Villas-Boas dilaporkan menggantung kedua-dua pemain ini dari latihan bersama pasukan utama. Sebaliknya, dipaksa menajalani latihan bersama pasukan simpanan. Ini disebabkan kedua-dua mereka tiada dalam perancangan pengurus kerana faktor penurunan prestasi dikatakan punca semua ini berlaku.
![]() |
BUKAN PILIHAN... Alex sedang mencari kelab baru selepas membuat permohanan perpindahan. |
Anelka dilaporkan bakal menyertai kelab kaya Rusia, Anzhi Makachkala manakala Alex dilaporkan menghantar surat permohanan perpindahan. Antara kelab yang berminat dengan pertahanan Brazil ini adalah Juventus AC Milan dan Zenit St. Pettersburg. Sayonara Anelka, Alex!
* Mereka dikira beruntung dari Carlos Tevez yang dipaksa berlatih bersama pasukan remaja, juga berseorangan.
* Masa buat Andre Villas-Boas membuang pemain sebelum dia ditunjukkan jalan keluar seperti Steve Bruce.
Social Plugin