![]() |
| TINGGAL KENANGAN... Socrates pergi pada usia 57 tahun. |
Semalam, dunia bola sepak digemparkan dengan pemergian 'doktor' bola sepak Brazil, Sócrates Brasileiro Sampaio de Souza Vieira de Oliveira atau Socrates. Pemergian bekas kapten Brazil kerana mengalami jangkitan usus akibat keracunan makanan. Namun, Socrates pastinya akan kekal dalam ingat pencinta bola sepak Brazil dan dunia. Terima Kasih Socrates kerana menghiburkan kami dengan aksi memukau anda!
APA YANG MEMBUATKAN SOCRATES DILABEL LAGENDA?
1954 - Dilahirkan di Belem do Para pada 19 Februari dan diberikan nama Socrates Socrates Brasileiro Sampaio de Souza Vieira de Oliveira.
1978: Menyertai Corinthinas dengan beraksi hampir 300 perlawanan buat gergasi Brazil itu.
1979: Debut sulung pasukan Samba. Merekodkan 60 kaps dan 22 gol.
1982: Mengetuai Brazil dalam Piala Dunia FIFA 1982 namun gagal ke peringkat kedua kumpulan.
1984: Menyertai pasukan Itali, Fiorentina
1986: Pulang ke Brazil bersama Flamengo. Bermain dalam Piala Dunia namun tewas di suku akhir kepada Perancis melalui penentuan penalti.
1989: Menyertai Botafogo
2004: Selepas sedekat bersara, Socrates bersetuju tawaran sebagai pemain dan jurulatih Garfort Town selama sebulan. Beliau bermain selama 12 minit dalam ketika seri 2-2 menentang Tadcaster Albion.
2008: Disenaraikan dalam Pacembu Brazilian Football Museum Hall of Fame.
2011: Mati di Sao Paulo.
KENANGAN TERBAIK SOCRATES

Social Plugin