| BIEBER... mempamerkan kemahiran bola sepak di Stamford Bridge. |
Penyanyi remaja kegilaan ramai gadis seluruh dunia dari Kanada, Justin Bieber dilihat menjalani latihan bersama bintang Chelsea, Frank Lampard dan Fernando Torres. Dengan mengenakan jersi lengkap Chelsea berwarna biru, Bieber tampil mempamerkan bakat yang dimilikinya.
| BERBAKAT... aksi Bieber diperhatikan Torres dan Lampard. |
| KENANGAN... Bieber sempat merakam kenangan di Stamford Bridge bersama Lampard dan Torres. |
Sebelum ini, Bieber pernah berlatih bersama Bojan Krkic di Barcelona dan peluang menyusuri stadium kebanggan Chelsea, Stamford Bridge digunakan sebaik mungkin Bieber selepas kejayaan Chelsea menamatkan rekod tanpa kalah Manchester City di sini. Mungkin Torres bakal tergugat jika Bieber mampu mempamerkan aksi hebat di hadapan peninjau bakat The Blues.
* Mungkin selepas ini akan ramai artis mencari populariti menerusi lawatan ke kelab-kelab bola sepak tertentu.
Social Plugin