| CARDOZO... gagal jaring gol walaupun penjaga gol telah tertewas. |
Beberapa minggu lalu, penyerang FC Barcelona, Lionel Messi terlepas peluang menjaringkan gol ketika gol terbuka. Kali ini, episod sama berulang tetapi dalam Liga Sagres di Portugal. Ketika Benfica berusaha mencari gol sulung, penyerang dari Paraguay, Oscar Cardozo gagal menyempurnakan peluang walaupun tidak dicabar. Ingatkah lagi anda pada Fernando Torres yang hilang imbangan badan menentang Manchester United? Jadi, tidak salah rasanya Cardozo terlepas peluang kerana Messi, Torres mahupun Forlan pernah juga terlepas peluang yang sama.
Social Plugin