KENAPA ANELKA PILIH SHANGHAI SHENSHUA?

PERPINDAHAN LUMAYAN... Anelka pilih ke Asia dari terus beraksi di Eropah.
Peminat bola sepak dunia pastinya sedikit terperanjat apabila penyerang Chelsea, Nicholas Anelka memilih untuk berpindah ke kelab China, Shanghai Shenshua berbanding tawaran pinjaman West Ham dan niat PSG yang mahu Anelka pulang ke Perancis.

RUMAH BARU... stadium Shanghai Shenshua yang bakal menjadi medan aksi Anelka.
Kelab China ini sememangnya sudah sinonim dengan membawa masuk pemain bereputasi tinggi seperti Ruben Sosa, Jorg Albertz, Carsten Jancker, Junior Baiano dan Dejan Petkovic. Kehadiran Anelka pastinya mampu menjana lebih pendapatan kelab itu.

DIALU-ALUKAN... Kehadiran Anelka ke China menarik minat peminat bola sepak di  sana.
Namun, melihat kepada jumlah gaji yang dibayar Shenshua, pastinya Anelka dilabel mata duitan seperti Asamoah Gyan yang berpindah rekod pinjaman ke Al-Ain. Shenshua dilaporkan membayar gaji £175 000 seminggu. Lebih tinggi dibayar Chelsea kepadanya. Namun, Anelka menyatakan kelab Barat London itu adalah kelab terbaik yang pernah diwakilinya. Untuk meredakan tekanan atau meraih simpati dibekukan? Apapun, Anelka antara pemain Perancis terbaik yang pernah menghiburkan LPI.