 |
TEWAS... rekod cemerlang City lebur di Stamford Bridge. |
Tersingkir dari Liga Juara Juara beberapa hari lalu, awal pagi tadi kelab kaya milik jutawan Arab, Manchester City terpaksa menerima satu lagi keperitan selepas rekod bersih tanpa kalah mereka lebur di Stamford Bridge. Mungkin ramai yang menyangka City tidak berdepan masalah menewaskan pasukan 'bermasalah moral' Chelsea di London namun skrip berbeza dilakarkan.
Permulaan cemerlang 'Super' Mario Balotelli yang menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi hantaran cantik Sergio Aguero terpadam oleh jaringan Raul Meireles dan penalti daripada Frank Lampard. Gael Clichy pastinya dijadikan kambing hitam atas penyingkirannya setengah jam sebelum perlawanan berakhir. Adakah moral pemain City akan merudum seperti yang berlaku kepada Chelsea musim lalu? Arsenal menunggu giliran pula.
Social Plugin