DISEBALIK STEWARD DOWNING

DOWNING... berbakat namun perlu buktikan sesuatu di Anfield.
Kegagalan Steward Downing memenuhi potensi sebenarnya pastinya memeningkan kepala Kenny Daglish. Disebalik kegagalan Downing, sebuah akhbar Inggeris menyiarkan cerita sebenar disebalik pembelian Downing. Percaya atau tidak, harga pembelian Downing sebenarnya akan menjadi lebih rendah jika footage Youtube ini tidak ditonton King Kenny dan pemilik, John W Henry dan Tom Werner?

Agak menyedihkan melihat cara Aston Villa untuk menaikkan harga jualan Downing. Pemain sayap Inggeris ini pada awalnya boleh dibeli pada harga £13-14 juta tetapi meningkat selepas Daglish dan pemilik kelab video Youtube, mereka akhirnya bertindak membeli Downing pada harga £20 juta. Hampir sekali ganda dari harga sebenarnya. 


Lebih memburukkan keadaan, Downing setakat ini masih belum mampu membuktikan potensi sebenarnya dan sumber dari Aston Villa menafikan video itu untuk mempengaruhi Liverpool untuk menawarkan jumlah yang lebih tinggi bagi mendapatkan Downing. Alasannya, video yang disunting itu hanya untuk menarik minat penyokong membeli tiket semusim. Berilah Downing masa untuk membuktikan potensi dirinya. Selamat maju jaya Downing!

Kita saksikan pula video hebat dari lagenda Celtic, Shunsuke Nakamura yang menyepak bola dijalanan masuk ke dalam bas yang bergerak. Sememangnya lagenda bola sepak Jepun!