BELUM CUKUP ISTIMEWA!

GAGAL LAGI... hadiah harijadi kurang malang buat Mourinho hari ini.
Dia bijak, pakar taktikal, sudah memenangi Liga Juara Juara bersama dua kelab berbeza, namun dia masih belum 'cukup istimewa.' Kenapa? Dia gagal menewaskan Pep Guardiola dalam beberapa cubaannya musim ini. Itulah Jose Mourinho. Dengan keputusan seri 2-2 di Nou Camp awal pagi tadi, ia menjadikannya lima perlawanan tanpa kemenangan menentang kelab Catalan itu.

Ternyata, ketegangan perlawanan el-clasico ini bakal meletakkan nasib Mourinho dihujung tanduk. Dengan nama pengurus Arsenal, Arsene Wenger kerap disebut bakal penggantinya, Mourinho mungkin terpaksa menambah koleksi unfinished bussines yang dikatakannya selepas gagal membawa Chelsea menjulang trofi Liga Juara Juara Eropah. Apakah nasib Mourinho selepas ini? Mungkin ditentukan aksi Real di Eropah dan mengekalkan kelebihan di puncak liga ketika ini.

HEBAT... pemain Barcelona memberi pernghargaan kepada penyokong mereka di Nou Camp.
Jom layan aksi awal pagi tadi yang memperlihatkan kebangkitan anak buah Jose Mourinho di separuh masa kedua. Andai jaringan Sergio Ramos tidak dibatalkan, pastinya Mourinho akan tidur nyenyak selepas perlawanan. Lupakan kata-kata megah Mourinho! Buktikan di Madrid!