MUSIM KEMBALINYA LAGENDA?

HENRY... bantu Arsenal tewaskan Leeds dalam debut Piala Liga buat Gunners.
Bola sepak Inggeris awal tahun ini dikejutkan dengan kepulangan dua bintang yang pernah menyinari Liga Perdana Inggeris (LPI), Thierry Henry (Arsenal) dan Paul Scholes (Manchester United). Henry kembali ke Arsenal secara pinjaman manakala Scholes kembali ke pasukan utama dari persaraan. 

SCHOLES... kepulangannya beri kesan kepada jentera tengah United.
Bekas skipper Perancis, Henry, menjaringkan gol dalam debutnya menentang Leeds. Scholes juga tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya menentang Bolton di Old Trafford. Chelsea juga tidak ketinggalan menerima kembali pemain dari persaraan. Bukan lagenda tetapi pemain muda berbakat yang terpaksa bersara awal, Sam Hutchinson. Namun begitu, Hutchinson masih belum melakukan penampilan dibawah pengurusan Andre Villas-Boas.

Terbaru, lagenda The Kops, Robbie Fowler dilihat berada di Liverpool menyaksikan aksi pasukan simpanan The Kops menentan Blackburn Rovers. Untuk rekod, Liverpool berdepan krisis kekurangan penyerang kerana Luis Suarez digantung perlawanan, Andy Carrol yang gagal menyinar dan hanya Craig Bellamy sahaja yang ada. Dirk Kuyt pula lebih bermain di bahagian sayap. 

SIRIH PULANG KE GAGANG?... Fowler dilihat di Melwood menyaksikan aksi pasukan simpanan The Reds.
Adakah penyokong The Reds akan dapat melihat semula aksi Fowler dimana sentuhan penyudahnya yang tajam amat diperlukan mereka bagi membuka peluang mencabar tempat ke Eropah musim depan?