![]() |
| Menarik... rekabentuk dan gabungan warna rekaan terbaru Adidas Predator. |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Adidas telahpun melancarkan kasut but baru Adidas Predator yang menggabungkan elemen empat warna iaitu iaitu putih buih, hijau kromaki, biru dan hitam. Pengeluar barangan sukan berjenama Jerman ini nampaknya semakin berani mengenakan warna yang lebih mengancam dengan meneruskan warna terang Adidas Predator terdahulu. But ini telahpun digunakan penyerang Arsenal, Robin van Persie menentang AC Milan di San Siro.![]() |
| BOLA AKHIR... bola ini bakal digunakan bagi perlawanan akhir Liga Juara Juara 2011/12 di Munich. |
Masih menggunakan unsur kuning kehijauan, Adidas turut melancarkan bola bagi perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah 2011/12 yang bakal dilangsungkan di Allianz Arena, Munich. Nyata Adidas semakin berani dalam mempelbagaikan penggunaan warna dalam produk mereka. Impossible is Nothing!


Social Plugin