FAIR PLAY TERBAIK DALAM BOLA SEPAK


MY GAME IS FAIR PLAY! Itulah yang dilakukan jurulatih dan pemain Estudiantes Bawah 20 selepas jurulatih mengarahkan pemainnya menolak bola penalti keluar selepas mereka menerima 'penalti yang tidak sepatutnya'. Kejadian ini berlaku apabila pemain lawan iaitu dari kelab Pachuca mengeluarkan bola selepas terdapat ada pemain yang tercedera. 

Pemain Estudiantes kemudiannya melontar bola kepada pemain Pachuca yang kemudiannya melakukan dummy kepada penjaga gol tetapi dipintas penjaga gol Estudiantes. Malangnya, penjaga gol Pachuca terpaksa melakukan bentesan dan pengadil menghadiahkan penalti kepada Estudientes. Bola sepak yang baik. Jurulatih pasukan mengarahkan pemainnya menolak bola keluar kerana mahu permainan bersih diamalkan pemain mudanya. Syabas Estudiantes!


Dan... Adakah ianya sama dengan situasi ini....